
LAWAS: Umat Islam di negara Brunei Darussalam akan mula berpuasa pada Khamis ini, 19 Februari 2026, bersamaan 1 Ramadan 1447 Hijrah.
Pengumuman rasmi telah disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Brunei, Awang Haji Hassan Metali melalui saluran Radio Televisyen Brunei sebentar tadi.
Beliau memaklumkan bahawa hasil cerapan anak bulan Ramadan 1447H/2026M didapati tiada sabit kelihatan.
“Dengan ini dimaklumkan bahawa seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan menunaikan ibadah puasa bermula pada Khamis, 19 Februari 2026, bersamaan 1 Ramadan 1447 Hijrah,” katanya.
Dengan pengumuman itu, Brunei akan menyambut Ramadan pada tarikh yang sama seperti Malaysia.
Oleh Adeng Edrus