
SARIKEI: Kehadiran seekor ular tedung selar yang bersembunyi di dalam ruang enjin sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Koko, Kampung Sungai Ribing telah mencemaskan pemiliknya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.37 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi.
“Sampai di lokasi, pasukan APM Sarikei menjalankan pengoperasian mengesan ular tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DALAM ENJIN….Ular dikesan berada dalam bahagian enjin kenderaan pacuan empat roda. Foto APM Sarikei
Katanya, selepas berjaya mengesan ular, operasi menangkap ular dijalankan.
“Ular tedung selar berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 33 minit. Ular ditangkap menggunakan teknik menyepit dan menjerut. Operasi menangkap ular selesai sepenuhnya pada 5.38 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek