Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sepanjang 1.5 meter ditangkap APM di Kampung Baru
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sepanjang 1.5 meter ditangkap APM di Kampung Baru

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menangkap ular sepanjang 1.5 meter di Kampung Baru Marudi menggunakan penyempit. Foto APM Marudi.

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.20 petang semalam memohon bantuan untuk menangkap seekor ular di Kampung Baru Marudi.

Sebaik menerima panggilan itu, sepasukan anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Marudi dari Skuad Bravo bergerak ke lokasi dengan kekuatan empat anggota, diketuai oleh L/Kpl (PA) Kamil Tahir bersama tiga anggota lain.

Pegawai Pertahanan Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, memberitahu lokasi kejadian berada pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari PKOD Marudi.

Setibanya di lokasi, anggota APM berjumpa dengan pengadu, Miko Arie Rahmalan, bagi mendapatkan maklumat tentang kedudukan reptilia tersebut sebelum memulakan operasi.

Setelah menerima maklumat lengkap daripada pengadu, anggota APM bertindak melaksanakan operasi dan berjaya menangkap ular sepanjang 1.5 meter menggunakan penyepit khas.

Operasi selesai, anggota APM bergerak pulang ke PKOD pada 4.29 petang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI Mandarin Sibu berjaya anjur program Dialog NVP di Pusat TQG
Next: Ahmad Johnie santuni warga SK Sekaan Kechil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.