
SARIKEI: Pekerja di salah sebuah kilang di sini terkejut apabila terlihat seekor ular sawa di bawah kayu pallet pada petang semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.44 petang.
“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Johari Yusrie dan dua orang anggota bomba bergerak ke lokasi penemuan ular sawa selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sampai di lokasi, didapati ular sawa masih berada di bawah kayu pallet tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, ular sawa ditangkap menggunakan alat pengepit ular.
“Selepas ditangkap, ular dilepaskan senula ke habitat asal. Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 2.25 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek