Ular sawa sepanjang 5.49 meter ditangkap di belakang rumah

Facebook
WhatsApp
ULAR sawa dalam parit belakang rumah berjaya ditangkap oleh pasukan bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seekor ular sawa berukuran lebih kurang 5.49 meter berjaya ditangkap pasukan bomba selepas reptilia tersebut ditemui berada di dalam parit di belakang sebuah rumah di Jalan Simpang Bayong pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.36 petang.

Katanya, operasi diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Alffian Sahmat bersama tiga anggota bomba.

ULAR tersebut ditangkap menggunakan penjerut dan pengepit.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada di dalam parit belakang rumah milik pelapor.

“Komander operasi kemudian mengarahkan anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menangkap ular tersebut menggunakan penjerut dan pengepit ular,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal dan menangkap reptilia tersebut tanpa sebarang insiden tidak diingini.

ULAR tersebut ditangkap menggunakan penjerut dan pengepit.

“Setelah berjaya ditangkap, ular tersebut dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

“Tindakan itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk dan memelihara keseimbangan ekosistem hidupan liar,” katanya.

Oleh Earl Anek