Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa ‘menumpang’ dalam mangkuk tandas
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa ‘menumpang’ dalam mangkuk tandas

Utusan Sarawak 3 hours ago
ULAR sawa berjaya ditangkap oleh anggota BBP menggunakan alat penjerut ular. Foto: BBP Sarikei

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah panjang di Sungai Sare berdepan detik mencemaskan apabila menemui seekor ular sawa dalam mangkuk tandas rumah mereka semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.57 malam.

“Susulan panggilan kecemasan itu, tiga anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa berada dalam mangkuk tandas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, anggota bomba menggunakan alat penjerut ular untuk menangkap reptilia tersebut.

“Ular itu berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 19 minit.

“Operasi khas menangkap ular sawa itu tamat sepenuhnya pada 10.34 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Generasi muda diseru bangkit, berani padamkan gejala negatif
Next: APMM tahan bot tunda gagal kibarkan Jalur Gemilang di perairan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.