Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa lima kaki ditemui dalam reban ayam
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa lima kaki ditemui dalam reban ayam

Utusan Sarawak 15 hours ago
 ANGGOTA APM Spaoh menangkap ular sawa di dalam reban ayam milik seorang penduduk di Tanjung Sebekut, awal pagi tadi. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh menjalankan operasi segera selepas menerima laporan mengenai penemuan seekor ular sawa di dalam reban ayam milik seorang penduduk di Tanjung Sebekut, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan APM Spaoh, panggilan kecemasan diterima oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) ketika pengadu melakukan pemeriksaan rutin di reban ayamnya sebelum terserempak dengan reptilia tersebut.

Susulan maklumat itu, Skuad Alpha yang terdiri daripada empat anggota dan diketuai Sarjan Hasla Deli segera bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan serta melakukan tindakan kawalan keselamatan.

Setibanya di reban berkenaan, pasukan APM mendapati seekor anak ular sawa dengan anggaran panjang sekitar lima kaki berada di dalam reban ayam tersebut. Pemeriksaan mendapati reptilia itu masih aktif namun tidak bertindak agresif.

Anggota operasi kemudian melaksanakan tangkapan menggunakan teknik penyepit khas bagi memastikan keselamatan pengadu, haiwan ternakan serta anggota yang terlibat. Proses penangkapan dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ular sawa berkenaan seterusnya dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah untuk pemantauan sebelum tindakan pelepasan semula dibuat ke habitat asalnya dalam masa terdekat.

APM Spaoh menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada, khususnya pada musim cuaca tidak menentu yang sering menyebabkan hidupan liar keluar ke kawasan kediaman.

Penduduk juga katanya digesa menghubungi pihak berkuasa jika menemui reptilia berbahaya demi mengelakkan risiko kemalangan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kucing Putih ikonik Padungan bersinar dengan penyalaan lampu Krismas
Next: Regata Lingga terus diperkukuh sebagai acara ikonik wilayah – Mong Dagang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.