Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa lima kaki ditangkap APM Sri Aman selepas menelan itik
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa lima kaki ditangkap APM Sri Aman selepas menelan itik

Utusan Sarawak 2 days ago

Anggota APM Sri Aman berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang lima kaki yang kekenyangan selepas menelan seekor itik dalam reban di Jalan Pasir Panas, Taman Kurniaman, Simanggang, pagi tadi. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Seekor ular sawa sepanjang lima kaki yang kekenyangan selepas menelan seekor itik berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 6.45 pagi di sebuah reban itik milik seorang penduduk di Jalan Pasir Panas, Taman Kurniaman, di sini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang, pasukan APM bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan daripada pengadu yang terkejut melihat reptilia itu di dalam sangkar itiknya.

“Pasukan kami tiba di lokasi pada 6.55 pagi dan mendapati seekor ular sawa sedang berehat di dalam reban selepas menelan seekor itik. 

“Ular tersebut berjaya ditangkap dengan selamat tidak lama kemudian,” katanya.

Operasi melibatkan empat anggota APM menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan selesai sepenuhnya pada 7.00 pagi.

Tambahnya, ular berkenaan dipercayai memasuki kawasan ternakan itu pada waktu malam untuk mencari makanan sebelum terperangkap selepas menelan mangsa.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak cuba menangani haiwan berbisa atau liar sendiri sebaliknya segera menghubungi APM bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS kecewa tahap kebersihan di kawasan pusat bandar Sibu masih membimbangkan
Next: 168 projek RTP bernilai RM27.5 juta diluluskan di DUN Krian sejak 2021

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.