Ular sawa kekenyangan telan ayam berjaya ditangkap

Facebook
WhatsApp
TANGKAP ULAR… Anggota APM tenang menangkap ular sawa batik yang kekenyangan di sebuah reban ayam.

LAWAS: Seekor ular sawa batik sepanjang hampir empat meter ditemui dalam keadaan kekenyangan selepas membaham seekor ayam dalam sebuah reban milik penduduk dalam kejadian di Kampung Kampung Ahmad Takong pagi ini.

Pemilik reban ayam yang menyedari kehadiran reptilia itu segera bertindak bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas.

BERSAIZ BESAR…Ular sawa batik berukuran empat meter ditawan oleh anggota APM Lawas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Letfenan (PA) Maradona Tatah berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas telah menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia tersebut pada 6.35 pagi.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular sawa sepanjang 11 kaki berada di reban ayam milik salah seorang penduduk.

“Ular sawa yang dalam kekenyangan selepas membahan seekor ayam berjaya tangkap dengan teknik menyepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang penugasan dijalankan keadaan selamat dan terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh Adeng Edrus