Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular Sawa empat kaki ditemui di Jalan Warisan
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular Sawa empat kaki ditemui di Jalan Warisan

Utusan Sarawak 1 month ago
DITANGKAP….Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota APM Sarikei. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Ada yang melihat ular sawa sebagai ‘tabas’ untuk dijadikan hidangan eksotik, namun bagi sebuah keluarga di Jalan Warisan petang semalam, kehadiran reptilia berukuran empat kaki itu cukup menggugat ketenangan hingga memerlukan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei.

Insiden mencemaskan itu membuka persoalan: adakah semua ular sawa yang ditemui dianggap rezeki, atau berbahaya?

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut pada 1.36 petang.

“Pengadu melaporkan ternampak seekor ular sawa berada di kawasan belakang rumahnya.

“Bimbang dengan keselamatan keluarga, beliau terus menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, empat anggota APM segera digerakkan ke lokasi dan tiba sekitar 2.17 petang sebelum menjalankan operasi menangkap ular menggunakan teknik menjerut.

“Operasi berjalan lancar dan ular tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 13 minit tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Khidmat khas menangkap ular sawa selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prihatin keluhan, aduan penduduk
Next: Orang ramai dijemput mengundi Lukisan Mural 3D Jagung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.