Ular sawa dua meter ditemui di halaman rumah berjaya ditangkap

Facebook
WhatsApp

TANGKAP… Anggota bomba menangkap ular sawa yang berada di halaman sebuah rumah di Jalan Perkasa Senadin di Miri pagi tadi. Foto BBP Lutong.

MIRI: Seorang penghuni sebuah rumah di Jalan Perkasa Senadin di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang lebih dua meter di halaman rumah, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu sekitar 6.30 pagi meminta bantuan menangkap ular. 

Katanya, sepasukan  bomba BBP Lutong bergegas ke lokasi yang terletak pada jarak lapan kilometer dari balai.

“Setibanya bomba di lokasi kejadian, didapati benar ada seekor ular sawa di halaman rumah pengadu seperti yang dilaporkan.

“Setelah membuat penilaian, pasukan bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penyepit dan penjerut ular,” katanya di sini.

Henry berkata, ular itu kemudiannya berjaya ditangkap pihaknya kira-kira lima minit. Reptilia itu kemudian dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Buaya tembaga 2.1 meter diserah kepada SFC

SPAOH: Seekor buaya tembaga liar sepanjang sekitar 2.1 meter yang mengejutkan penduduk Kampung Medang selepas ditemui terperangkap pada jaring sebuah