Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa ditangkap dalam reban ayam di Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa ditangkap dalam reban ayam di Simanggang

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA APM Sri Aman berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang 1.5 meter ditemui berlingkar di dalam reban ayam di Kampung Hulu Simanggang dekat sini, pagi tadi. -Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Seekor ular sawa batik sepanjang 1.5 meter berjaya ditangkap selepas ditemui berlingkar di dalam sebuah reban ayam di Kampung Hulu Simanggang, dekat sini, pagi tadi.

Kehadiran reptilia itu disedari pemilik ketika ingin membuka pintu reban ternakannya itu, lalu segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sri Aman menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 9.46 pagi.

“Pengadu melaporkan terdapat seekor ular di dalam sangkar ayam.

“Setiba di lokasi, anggota kita mendapati sejenis ular sawa sepanjang 1.5 meter di dalam sangkar ayam dan berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menjerut,” katanya.

Katanya, keadaan selamat, terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang penugasan dijalankan.

Dalam pada itu, Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di daerah berkenaan yang masih mempercayai ketangkasan anggota APM menangkap reptilia berbisa yang boleh membunuh mangsa dalam masa singkat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: LKAMB komited jana pendapatan masyarakat Melayu Betong
Next: Hadiah lumayan ditawarkan sempena Pertandingan Memancing Gawai di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.