
SARIKEI: Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota bomba selepas dikesan memasuki stor sebuah kilang di Jalan Kwong Ming, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, panggilan kecemasan berhubung penemuan ular sawa diterima pada 8.20 pagi.
“Tiga anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, dapati terdapat seekor ular sawa berada di dalam stor kilang tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat pengepit dan penjerut tersebut.
“Ular sawa yang telah ditangkap akan dilepaskan semula ke habitat asal.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.56 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek