Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ular sawa ceroboh rumah penduduk
  • TEMPATAN

Ular sawa ceroboh rumah penduduk

Utusan Sarawak 5 years ago
DITANGKAP… Siti Huzaimah berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang dua kaki di rumah seorang penduduk dekat Kampung Hulu Sri Aman semalam.

SIMANGGANG: Seorang penduduk melalui detik cemas apabila menyedari kehadiran seekor ular sawa batik berdekatan Kampung Hulu semalam.

Dalam kejadian 7.20 pagi, reptilia berkenaan dipercayai masuk ke dalam rumah penduduk berkenaan bagi mencari makanan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.24 pagi dan bergegas ke lokasi bersama seorang lagi anggota.

“Sebaik tiba kami mendapati ular sawa sepanjang dua kaki terbabit berada di tempat simpanan barangan dapur rumah penduduk dan ditangkap empat minit kemudian dengan menggunakan peralatan khas.

“Ular itu kemudiannya dibawa pulang dan diletakkan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sri Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan menghubungi pihak berkaitan yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman diceroboh haiwan berbisa terutama ular bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Siti Huzaimah turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di daerah berkenaan yang masih mempercayai ketangkasan APM Sri Aman menangkap reptilia berbisa yang boleh membunuh mangsa dalam masa singkat.

Continue Reading

Previous: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau
Next: Pemandu selamat, lori terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.