Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa ‘ceroboh’ reban ayam berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa ‘ceroboh’ reban ayam berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor ular sawa yang memasuki reban ayam di sebuah rumah, Jalan Wong You Kee pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 pagi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Jais Ahad dan tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat seekor ular sawa di dalam reban ayamnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, komander operasi telah mengarahkan anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang lima minit. Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 7.29 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sokongan padu kepada GPS jamin kemakmuran rakyat
Next: Projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor tingkat kualiti kemudahan riadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.