
BINTANGOR: Seekor ular sawa ditemui menceroboh masuk ke dalam sebuah reban ayam dan hampir membaham ternakan di dalamnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.15 pagi semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Herman Basa bersama dua anggota bomba bergegas ke lokasi di Jalan Limau.
“Setibanya di lokasi, didapati ular sawa masih berada di dalam reban ayam,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular sawa berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang sembilan minit.
“Khidmat khas menangkap ular sawa selesai sepenuhnya pada 7.28 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek