Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa ‘bersantai’ di mesin penguli tepung berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa ‘bersantai’ di mesin penguli tepung berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITANGKAP…..Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seekor ular sawa ditemui sedang ‘bersantai’ di dalam ruangan mesin penguli tepung di salah sebuah premis di Jalan Repok pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.34 pagi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada di dalam ruangan mesin penguli tepung,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular sawa berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang sembilan minit. Setelah ditangkap, ular sawa dilepaskan semula ke habitat asal. Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 8.48 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Opar serah 54 geran MRP, UNIFOR kepada NGO dan institusi agama
Next: Kebakaran sampah di Skim B Sarikei berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.