Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa berlegar dalam siling rumah berjaya ditangkap
  • WILAYAH

Ular sawa berlegar dalam siling rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 4 months ago

Anggota APM berjaya menangkap seekor ular sawa batik di atas siling rumah dekat Kampung Bungin, Spaoh

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada di siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata Bilik Gerakan APM Spaoh menerima panggilan daripada penduduk berhubung penemuan reptilia itu sekitar jam 10.32 malam.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota APM Spaoh telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.

“Pemilik rumah menyatakan melihat kelibat seekor ular yang berada di siling rumahnya dan memohon APM Spaoh untuk menangkap ular tersebut.

“Sampai di lokasi, anggota APM terus melakukan pencarian dan mendapati kelibat seekor ular sawa batik sedang berlegar dalam siling rumah pengadu,” katanya.

Siti Huzaimah berkata reptilia tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan pantas tanpa mengalami sebarang kecederaan kepada anggota.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk menghubungi pihak APM yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman atau premis diceroboh haiwan berbisa terutama ular bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di daerah berkenaan yang masih mempercayai ketangkasan anggota APM menangkap reptilia berbisa yang boleh membunuh mangsa dalam masa singkat.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Perkasa pendidikan awal kanak-kanak
Next: Pelbagai kemudahan, bantuan untuk anak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.