Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik dua meter muncul dalam paip singki kedai
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa batik dua meter muncul dalam paip singki kedai

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEEKOR ular sawa batik sepanjang dua meter berjaya ditangkap oleh anggota APM dalam satu operasi menangkap ular di kawasan Tabung Haji Sri Aman pagi tadi. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Seorang peniaga wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira dua meter bersembunyi di dalam saluran paip singki di kedainya di Tabung Haji Sri Aman, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam daripada pengadu dikenali sebagai Nisya pada 8.41 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap ular.

Menurut beliau, anggota terlibat ialah Sarjan Mejar Jacky Enus, Sarjan Joseph Badar Walim, Lans Koperal Ngalai Lajan dan Prebet Chen Joo Liong dengan menggunakan logistik kenderaan penyelamat ringan jenis JMC.

SEEKOR ular sawa batik sepanjang dua meter berjaya ditangkap oleh anggota APM dalam satu operasi menangkap ular di kawasan Tabung Haji Sri Aman pagi tadi. Foto: APM Sri Aman

“Ketika pengadu ingin mencuci longkang, pengadu ternampak kelibat seekor ular berada di dalam saluran paip singki di kedainya sebelum segera menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan APM bergerak ke lokasi pada jam 8.43 pagi dan tiba empat minit kemudian memandangkan jarak lokasi kejadian hanya satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Hasil tindakan pantas anggota di lokasi, subjek sejenis ular sawa batik sepanjang dua meter berjaya ditangkap menggunakan teknik menjerut dan menyepit,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Majlis Pra-Gawai Marudi eratkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum
Next: Ilmeilyana ungguli pertandingan Kumang sempena Pra-Gawai Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.