Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa baham ayam berjaya ditangkap
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sawa baham ayam berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 2 days ago
KECUNDANG… Ular sawa batik sepanjang dua meter berjaya ditumpaskan oleh sepasukan anggota APM Limbang

LIMBANG: Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter yang kekenyangan selepas membaham ayam dalam reban seorang penduduk di Taman Haji Mohidin Limbang berjaya ditumpaskan oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Daerah Limbang.

Dalam kejadian sekitar 7.00 pagi tadi, ular seberat tiga kilogram itu mengejutkan seorang penduduk yang kemudian menghubungi APM untuk bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun pihaknya telah menerima panggilan pengadu yang menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang pada 7.42 pagi.

“Sepasukan anggota diketuai oleh Prebet (PA) Tondan Lanying dikejarkan ke lokasi yang jauhnya 2.5 kilometer dari PKOD Limbang untuk operasi kes menangkap ular (KMU).

“Anggota APM menjumpai ular sawa sepanjang dua meter di dalam reban ayam tersebut dan mengambil masa kurang 10 minit untuk menangkapnya menggunakan penyepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: KRT Buangsiol galak belia sertai SRS demi keselamatan komuniti
Next: Kembara MDK 2025 tarik 250 peserta di SMK Kubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.