Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular muncul ketika siapkan juadah berbuka, guru cemas hubungi APM
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular muncul ketika siapkan juadah berbuka, guru cemas hubungi APM

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA APM menjalankan pemeriksaan menyeluruh di sekitar dapur termasuk di bahagian bawah singki dan celah ruang yang berpotensi menjadi tempat persembunyian reptilia tersebut. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Suasana tenang petang Ramadan bertukar cemas apabila seekor ular didakwa muncul di ruang dapur ketika seorang guru sedang menyediakan juadah berbuka puasa di Kuaters Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Serembang, di sini, petang tadi.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh, kejadian itu berlaku ketika pengadu, Zarinawati, sedang membuat persiapan makanan untuk berbuka puasa sebelum menyedari kelibat reptilia berkenaan berhampiran kawasan dapur.

Terkejut dengan kemunculan tidak diundang itu, beliau segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Spaoh bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Bertindak pantas, tiga anggota Skuad Bravo yang diketuai Sarjan Hasla Deli digerakkan ke lokasi menggunakan ambulans pacuan empat roda bersama peralatan khas menangkap ular.

Setibanya di kuarters berkenaan, anggota APM menjalankan pemeriksaan menyeluruh di sekitar dapur termasuk di bahagian bawah singki dan celah ruang yang berpotensi menjadi tempat persembunyian reptilia tersebut.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit pencarian rapi dijalankan, ular yang dilaporkan kelihatan itu gagal ditemui dan dipercayai telah meloloskan diri.

Sebelum beredar, anggota APM menasihati pengadu agar sentiasa berwaspada serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya ternampak semula reptilia berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai diingatkan supaya tidak bertindak sendiri dalam situasi melibatkan haiwan berbisa dan boleh menghubungi APM Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu pergiat usaha pencegahan jenayah komersial, dekati komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.