
SARIKEI: Seekor ular lidi berukuran satu meter berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.15 petang, semalam.
“Empat anggota APM Sarikei digerakkan ke lokasi di Jalan Cenderawasih selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, operasi mencari dan mengesan ular dijalankan.
“Didapati seekor ular lidi bersembunyi di belakang mesin penapis air di dapur,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan alat penyepit ular dalam tempoh lebih kurang tiga minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 2.31 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek