Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular lidi berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular lidi berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 3 days ago
BERJAYA DITANGKAP… Ular lidi (dalam bulatan) berjaya ditangkap oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seekor ular lidi berjaya ditangkap oleh pihak bomba dalam salah sebuah rumah di Jalan Paris Height 2, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 petang. 

“Tiga orang anggota bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, anggota bomba menjalankan operasi mengesan dan menangkap ular,” katanya.

Mahmudin berkata demikian ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, seekor ular lidi berjaya dikesan dan ditangkap dalam tempoh lebih kurang tujuh minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 4.41 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 penduduk terima bantuan pertanian
Next: Bomba bertindak musnahkan sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.