Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular kobra 3.2 meter berjaya ditangkap APM
  • Utara
  • WILAYAH

Ular kobra 3.2 meter berjaya ditangkap APM

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM menunjukkan ualar jenis kobra sepanjang 3.2 meter berjaya ditangkap di Pelita Plantation Sdn Bhd, Batang Tinjar Baram. Foto  APM Beluru.

BELURU: Seekor ular kobra sepanjang lebih 3.2 meter berjaya ditangkap oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Beluru semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. Mirwan Shah Masri, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.41 pagi, memohon bantuan untuk menangkap reptilia tersebut di 101 Pelita Plantation Sdn Bhd, Sejap Estate, Lot 8, 17 & 3, Batang Tinjar, Baram.

Angkatan Pertahanan Awam  dari Skuad Alpha  bergerak ke lokasi pada 10.43 dengan kekuatan tiga anggota diketuai L/Kpl (PA) Lydia Nagi Keyai, dengan jarak lokasi sejauah  30 kilomter dari PKOD Beluru.

Setiba di lokasi Skuad Alpha menjalankan operasi selepas diberitahu pengadu kedudukan reptilia tersebut.

Skuad Alpha berjaya menangkap reptilia itu dengan teknik menyepit dan peralatan khas dan selesai menjalankan operasi Skuad Alpha bergerak pulang ke PKOD pada 12.55 petang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan Tahun Baharu Cina bukan sekadar amalan tradisi – Sebastian Ting
Next: RM700,000 diperuntukkan untuk pembangunan di Kampung Nauran, Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.