Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular dalam bilik mandi, Bomba Bintangor bertindak pantas
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular dalam bilik mandi, Bomba Bintangor bertindak pantas

Utusan Sarawak 21 hours ago
ULAR- BERJAYA DITANGKAP….Anggota bomba menunjukkan ular yang berjaya ditangkap dalam bilik mandi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor ular yang ditemui di dalam bilik mandi sebuah rumah di Taman Bintang, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.25 tengah hari. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat orang anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Bakar Ujang bergegas ke lokasi. 

“Sampai di lokasi, didapati ular tersebut masih berada dalam bilik mandi,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, operasi menangkap ular dimulakan pada 12.29 tengah hari dan selesai sepenuhnya dalam tempoh hanya tiga minit.

“Setelah ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 12.32 tengah hari,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sesi santai Rosey Yunus bersama ketua masyarakat fokus aspirasi komuniti
Next: Baru Bian urges action on land rights, border security, and local welfare in Ba’ Kelalan visit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.