Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular ceroboh rumah berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular ceroboh rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 2 days ago
BERJAYA DITANGKAP…. Ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Penghuni salah sebuah rumah di Kampung Sungai Gemuan cemas apabila seekor ular menceroboh masuk dalam rumahnya. 

Risau dengan keselamatan diri dan keluarganya, penghuni rumah menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap ular. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.55 pagi semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Haron Jenai bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular berbisa masih berada dalam rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang lima minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 12.08 tengah hari,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 22 NGO di Meradong terima sumbangan cek MRP
Next: Ceramah keselamatan, latihan kebakaran libatkan 23 kakitangan Lembaga Lada Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.