
BINTANGOR: Penghuni sebuah rumah di Taman Bintang cemas selepas terlihat seekor ular berbisa di dapur rumahnya pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 10.41 pagi tadi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, empat orang anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zamri Rosli bergegas ke lokasi.

“Sampai di lokasi, didapati ular berbisa tersebut masih berada di dapur,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 16 minit.
“Operasi menangkap ular berbisa selesai sepenuhnya pada 11.01 pagi,” ujarnya.
Oleh Earl Anek