Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gencatan senjata agenda utama pertemuan pemimpin Thailand-Kemboja di Putrajaya
  • SEMASA

Gencatan senjata agenda utama pertemuan pemimpin Thailand-Kemboja di Putrajaya

Utusan Sarawak 3 days ago
PENDUDUK yang melarikan diri dari kediaman mereka berhampiran sempadan Kemboja dan Thailand berkumpul untuk menerima makanan di kawasan sebuah pagoda di wilayah Oddar Meanchey, Kemboja pada 27 Julai 2025. Foto AFP

PUTRAJAYA: Pemimpin dari Thailand dan Kemboja dijangka bertemu di sini pada 3.00 petang hari ini, bagi rundingan peringkat tinggi berhubung ketegangan ketenteraan di sempadan kedua-dua negara itu.

Konflik yang tercetus pada 25 Julai lepas berhampiran sempadan utara Kemboja telah meragut lebih 20 nyawa di pihak Thailand.

Pihak berkuasa Kemboja melaporkan lima anggota tentera dan lapan orang awam terbunuh manakala ribuan penduduk di kedua-dua belah sempadan terpaksa dipindahkan.

Ketegangan antara kedua-dua negara itu mula memuncak sejak insiden berbalas tembakan pada 28 Mei berhampiran zon sempadan pertikaian Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Kawasan sepanjang 817 kilometer (km) yang belum ditandakan secara rasmi antara kedua-dua negara itu telah lama menjadi titik kepada pertikaian ketenteraan dan diplomatik.

Kerajaan Thailand pada Ahad mengesahkan penyertaannya dalam rundingan serantau yang dianjurkan Malaysia, dengan harapan perbincangan itu membuka jalan kepada keputusan berasaskan maklumat serta membantu memulihkan ketegangan.

Jurucakap Kerajaan Thailand, Jirayu Huangsap berkata pertemuan itu akan menjadi platform untuk meneliti cadangan damai yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan, setelah mengadakan perbincangan secara berasingan dengan pemimpin Thailand dan Kemboja sepanjang minggu lepas.

Anwar berkata pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta wakil dari China telah menggesa kedua-dua pihak agar mencari jalan penyelesaian secara aman.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong kurnia surat cara pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JAKIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.