Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UKPS perkukuh kesiapsiagaan, jadi barisan hadapan bencana
  • TEMPATAN

UKPS perkukuh kesiapsiagaan, jadi barisan hadapan bencana

Utusan Sarawak 1 hour ago
PENGARAH UKPS Abdul Wahab Rahim mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) akan memperkukuh elemen keselamatan serta kesiapsiagaan bencana negeri selaras arahan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menekankan peranan agensi tersebut sebagai pasukan tindak balas awal di lapangan.

Pengarah UKPS Abdul Wahab Rahim berkata, perkara tersebut menjadi antara fokus utama selepas beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak bagi membentangkan perkembangan perkhidmatan serta hala tuju agensi.

“Premier Sarawak memohon supaya UKPS memperkukuh elemen keselamatan. Sekarang, elemen keselamatan telah ditubuhkan tetapi perlu dipertingkatkan lagi. Elemen keselamatan ini juga bermaksud kesiapsiagaan menghadapi krisis dan bencana.

“Pada masa depan, kita akan melaksanakan kerja-kerja penyelamatan. Memang sudah ada operasi di laut tetapi bagi banjir dan tanah runtuh, kita akan menilai dan melaksanakannya. Premier Sarawak menekankan supaya perkara ini diperkukuh,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Beliau menjelaskan usaha memperkukuh keselamatan termasuk penambahan sukarelawan terlatih di kawasan berisiko dan pengukuhan keupayaan komuniti sebagai barisan hadapan dalam menghadapi bencana.

Katanya, UKPS akan melancarkan tiga unit kapal baharu sepanjang 40 meter yang mampu beroperasi selama seminggu bagi mempertingkatkan keselamatan di kawasan strategik Sarawak.

Selain itu, menurutnya, Premier Sarawak turut meminta UKPS mendigitalkan semua perkhidmatan agensi, termasuk penggunaan teknologi terkini bagi menganalisis data, memberikan amaran awal serta mempertingkatkan pengurusan risiko dan keselamatan untuk memperkukuh keselamatan negeri.

Perkara ini sekali gus meningkatkan keberkesanan operasi agensi dan komuniti dalam menghadapi bencana.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teknologi Kecerdasan Buatan bantu anggota polis jalankan tugas dengan lebih cekap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.