Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UKPS perkukuh keselamatan, penguatkuasaan di Tanjung Manis – Abdullah Saidol
  • Tengah
  • WILAYAH

UKPS perkukuh keselamatan, penguatkuasaan di Tanjung Manis – Abdullah Saidol

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM…. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama komuniti setempat di majlis penangguhan Program Jangkauan Komuniti 2025. Foto UKAS

TANJUNG MANIS: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan komuniti dan penguatkuasaan perundangan negeri di kawasan Tanjung Manis.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, UKPS merupakan satu-satunya unit yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan mungkin tidak terdapat di negeri lain.

“Maka, penting untuk agensi ini dikenali serta diberi kepercayaan oleh rakyat bagi melaksanakan tanggungjawab mereka bersama komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis Penangguhan Program Jangkauan Komuniti 2025 di Dewan Masyarakat Tanjung Manis, semalam.

Beliau turut menekankan keperluan untuk meningkatkan infrastruktur di Tanjung Manis yang disifatkan sebagai salah satu wilayah penting di zon tengah Sarawak.

“Wilayah tengah, khususnya Tanjung Manis, merupakan antara kawasan terbesar yang memerlukan transformasi dari segi kemudahan asas.

“Sebanyak 16 jambatan telah dibina di sepanjang jaringan pesisir, dan kerjasama antara ketua masyarakat serta agensi penguatkuasaan perlu terus diperkukuhkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Program Jangkauan Komuniti sebagai inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

Program seperti ini membuka ruang kepada masyarakat untuk bertemu secara bersemuka dengan agensi kerajaan serta menyuarakan secara langsung isu dan keperluan yang mereka hadapi,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran program oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bukan sahaja berperanan sebagai saluran penyebaran maklumat kerajaan, tetapi juga sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan kepimpinan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang santuni warga emas dengan sumbangan kerusi roda
Next: Ngiling Tikai disambut meriah, projek naik taraf RM100,000 diumum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.