Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UKM tuan rumah Penterjemahan Antarabangsa 2027, fokus kukuh warisan dan AI
  • TEMPATAN

UKM tuan rumah Penterjemahan Antarabangsa 2027, fokus kukuh warisan dan AI

Utusan Sarawak 2 days ago
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafur ketika menyampaikan ucapan penutup mewakili Prof Dr Sufian Jusoh pada Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-20 di Kuching.

KUCHING: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menjadi tuan rumah Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 2027.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafur yang hadir mewakili Prof Dr Sufian Jusoh semasa majlis penutupan PPA ke-20 di Hotel Riverside Majestic, Kuching.

“Sepanjang persidangan ini, kita telah menyaksikan pembentangan yang hebat, perbincangan yang merangsang minda dan pertukaran pandangan yang bermanfaat. 

“Ia memperkukuh pemahaman kita tentang penterjemahan sebagai disiplin ilmu penting dan industri profesional yang dinamik,” katanya.

Prof Dr Abdul Halim menegaskan UKM amat berbesar hati menerima tanggungjawab sebagai penganjur edisi akan datang. 

Beliau juga menyifatkan PPA-21 akan dijadikan sebuah platform yang bukan sahaja meraikan kecemerlangan akademik, malah mendukung inovasi, kepelbagaian serta kerjasama merentas bahasa dan budaya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PPA-20, Dr Rokiah Paee bersama jawatankuasa penganjur serta rakan kolaborasi termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) kerana berjaya menjayakan persidangan bertemakan ‘Pemeliharaan Warisan Melalui Terjemahan’ itu.

Dalam pada itu, beliau mengakui transformasi teknologi kini sedang membentuk semula dunia penterjemahan dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI) sebagai alat berpengaruh. 

Katanya, UKM telah diberikan mandat oleh kerajaan untuk membangunkan model AI kebangsaan berdaulat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk DBP dan ITBM.

Model bahasa besar itu dirangka untuk pelbagai kegunaan termasuk memperkasa penterjemahan bahasa Melayu agar warisan bahasa tidak hanya terpelihara, malah terus berkembang pesat dalam era digital.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang welcomes 50 new members to SUPP Batu Kitang Branch
Next: SPRM Sarawak tekankan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.