Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UKAS cadang anjur program khas hargai jasa pahlawan
  • TEMPATAN

UKAS cadang anjur program khas hargai jasa pahlawan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Abdullah Saidol. Foto UKAS

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bercadang menganjurkan satu program khas di Tugu Pahlawan sebagai penghargaan media negeri ini terhadap jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata program itu akan melibatkan pengamal media, persatuan media tempatan, agensi penyiaran serta wakil persatuan bekas perajurit sebagai manifestasi sokongan dan semangat patriotik warga media terhadap perjuangan pahlawan negara.

“Antara yang dicadangkan ialah penglibatan UKAS bersama warga kerja media melalui persatuan-persatuan media, bermula dengan media di Kuching termasuk agensi seperti Jabatan Penerangan, RTM serta wartawan tempatan.

“Program ringkas berkenaan dicadang diadakan di Tugu Pahlawan, Taman Budaya, di sini sebagai simbolik penghormatan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan veteran tentera yang telah banyak berkorban demi tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata perbincangan lanjut mengenai penganjuran program itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Program ini satu daripada cara warga media menzahirkan rasa hormat terhadap jasa bekas perajurit kita. Semangat patriotik tanpa mengira kaum dan agama di Sarawak perlu terus dipupuk demi mengekalkan keharmonian negeri ini.

“Hari Pahlawan wajar diraikan dengan semangat menghargai pengorbanan bekas perajurit. Walaupun ramai telah bersara, semangat mereka masih kuat,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lawas bakal jadi hab ternakan kerbau, ikonik Sarawak menjelang 2030
Next: Skim insurans khas wajar dipertimbang bagi petugas media – Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.