Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UKAS cadang anjur bengkel bantu media memahami ekonomi baru Sarawak
  • TEMPATAN

UKAS cadang anjur bengkel bantu media memahami ekonomi baru Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago

TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berucap semasa menghadiri Program Rakan UKAS-JAPEN Komuniti Malam Segulai Sejalai 2025 di pekarangan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Jalan Diplomatik, Petra Jaya malam tadi. Foto BERNAMA

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bercadang menganjurkan bengkel untuk pengamal media bagi meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai inisiatif ekonomi baharu kerajaan negeri yang bersifat teknikal.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata bengkel itu akan melibatkan penyertaan pakar dan pegawai teknikal untuk menerangkan isu seperti perubahan iklim, tenaga hidrogen dan sistem kredit karbon.

“Kita akan bekerjasama dari semasa ke semasa. Kita nak mencadangkan supaya beberapa inisiatif kerajaan yang begitu teknikal, kita akan gunakan workshop (untuk menjelaskannya), contohnya yang melibatkan hidrogen, carbon credit dan sebagainya,” katanya dalam Majlis Malam Segulai Sejalai 2025 anjuran UKAS dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, tahap kefahaman terhadap sesuatu isu dapat dinilai melalui jenis soalan yang diajukan wartawan, justeru pengamal media disaran sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan mencukupi sebelum membuat liputan.

Tambahnya, tahap pengetahuan itu boleh dipertingkatkan melalui penerangan oleh pegawai kementerian berkaitan pembangunan ekonomi baharu, sekali gus membolehkan pengamal media menghasilkan laporan yang lebih tepat dan mudah difahami masyarakat.

Abdullah berkata kerjasama erat antara agensi komunikasi kerajaan seperti UKAS dan JAPEN dengan semua agensi media amat penting dalam memperkukuhkan usaha penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat.

“Sebab itu saya berpendapat kerjasama antara UKAS di peringkat negeri dan JAPEN sebagai agensi persekutuan dengan semua agensi media sangat diperlukan. Kita bekerjasama, membina kemesraan dan mengukuhkan keakraban,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan komunikasi yang inklusif dan mesra antara agensi kerajaan dan media amat dituntut, khususnya mengambil kira keluasan geografi Sarawak serta keperluan menjangkau komuniti di kawasan luar bandar.

“Sarawak ini besar. Tidak semua kita dapat berada di semua tempat dengan segera. Kadang-kadang ada perkara atau kejadian berlaku di kawasan yang agak jauh di negeri ini,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Projek peluasan gudang MASKargo KIA bernilai RM2.5 juta dijangka siap April 2026
Next: Serumpun Sarawak tampilkan gastronomi budaya di Osaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.