Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UK sedia bekerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui
  • SEMASA

UK sedia bekerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak ketika menerima kunjungan hormat daripada Ajay Sharma. Foto UKAS

PETRA JAYA: United Kingdom sedia untuk berkerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui selain dalam bidang-bidang lain.

Pesuruhjaya Tinggi British UK Ke Malaysia, Ajay Sharma berkata, kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berbincang rancangan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui dengan UK menjadi sebahagian dalam perkembangan tersebut.

PREMIER Sarawak ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Tinggi British. Foto UKAS

“Ini merupakan bidang di mana UK dan Malaysia sehaluan, kerana kami melihat ia sebagai satu keutamaan untuk melakukan apa yang mampu demi melindungi planet ini, di samping menyokong ekonomi hijau dan peralihan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas kunjungan hormat tersebut di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Tambah beliau, kunjungan tersebut membincangkan empat bidang kerjasama utama iaitu kemajuan dalam pembuatan, pendidikan dan pembangunan modal insan, pendigitalan serta teknologi dan tenaga boleh diperbaharui.

AJAY Sharma ketika dalam sesi sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak. Foto UKAS

Jelasnya, hubungan antara UK-Malaysia yang kuat akan diperkukuhkan lagi dengan kerjasama rapat bersama dengan kerajaan Sarawak termasuk kerjasama dalam bahasa Inggeris, pendidikan, latihan kemahiran, latihan vokasional serta universiti.

“Kami juga membincangkan mengenai perdagangan dan pelaburan, dengan memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti bidang baharu seperti sains hayat, di mana kita boleh memperkukuh kerjasama serta meneroka peluang inovatif yang berimpak tinggi.

“Selain itu, kami turut menyoroti hubungan bersejarah antara UK dan Malaysia, yang menjadi asas kukuh untuk kita bergerak maju bersama,” ujarnya. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia
Next: Gempa bumi lemah landa Sri Medan, Johor petang tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.