Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UK larang vape pakai buang, bendung penggunaan remaja
  • SEMASA

UK larang vape pakai buang, bendung penggunaan remaja

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

ATHENS: Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.

“Langkah tegas baharu ini mengharamkan penjualan vape pakai buang di kedai runcit dan pasar raya sekali gus menamatkan peningkatan penggunaannya yang membimbangkan di kawasan sekolah serta lambakan sampah di jalan-jalan negara ini,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, larangan berkenaan bertujuan untuk membendung lambakan sampah di jalan-jalan negara dan melindungi golongan muda daripada ketagihan nikotin.

Peniaga yang mengabaikan peraturan boleh dikenakan denda £200 (AS$270) bagi kesalahan pertama dan semua produk akan dirampas. Kesalahan berulang boleh dikenakan denda tanpa had atau hukuman penjara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Arab Saudi tawar Malaysia peluang kerjasama anjur Ekspo 2030 Riyadh
Next: Etika, pengaruh baharu dalam landskap media masa kini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.