Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ujian Covid-19 di tapak pembinaan minggu hadapan
  • TEMPATAN

Ujian Covid-19 di tapak pembinaan minggu hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago
UGGAH bersama Dr Sim mengadakan ‘walkabout’ bagi menyaksikan
Pelaksanaan COVIDTrace di sekitar AEON MALL Kuching Central di Kuching
semalam.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bercadang untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 secara rawak di tapak-tapak pembinaan di seluruh negeri ini mulai minggu hadapan.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ujian itu akan mengenalpasti lokasi tapak pembinaan yang mempunyai pekerja asing positif Covid-19.

Menurutnya, beberapa hari lalu terdapat kes pekerja asing dan penyelia warga tempatan disahkan positif Covid-19 dan ini menimbulkan kebimbangan pandemik berkenaan menular kepada masyarakat berikutan tapak pembinaan kebanyakannya terletak di sekitar perumahan dan rumah ibadat.

“Sekarang Ketua Menteri mahu kita (JPBNS) fokus kepada tapak-tapak pembinaan sebagai langkah berjaga-jaga dan keduanya kita juga berjaga-jaga dengan denggi selain Rabies yang masih menyerang kita di Sarawak,” ujarnya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Walkabout bagi menyaksikan pelaksanaan COVIDTrace di sekitar AEON MALL Kuching Central di sini semalam.

Beliau memberitahu, JPBNS juga akan memutuskan dasar mewajibkan pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 namun bergantung kepada keputusan ujian secara rawak nanti.

Selain itu, menurut Uggah, JPBNS juga akan fokus isu rumah pekerja asing di tapak-tapak pembinaan yang kelihatan sempit didiami hingga 30 pekerja dalam satu rumah.

“Ketua Menteri telah mengarahkan JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan rumah pekerja terutamanya bagi projek kerajaan harus dibina memenuhi kriteria dan SOP penjarakan sosial.

“Kerajaan sedang mengkaji dan membantu untuk membina tempat tinggal pekerja supaya mereka selesa dan memenuhi syarat serta majikan menjaga mereka,” ujarnya. Uggah menjelaskan isu kepadatan pekerja asing mendiami rumah di tapak pembinaan telah dibangkitkan oleh Ketua Menteri semasa lawatan kerja beliau di Pusa tempoh hari.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.