
KUCHING: Sesi uji bakat rancangan realiti ‘Innovathon’ Musim Ke-3 di Makeramai Makerspace, Plaza Merdeka (SDEC) hari ini menyaksikan sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan yang kebanyakannya hadir secara pendaftaran datang terus seawal pagi tadi.

Program anjuran bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur tujuh tahun ke atas, dengan hadiah wang tunai sehingga RM100,000 dan sokongan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta.
Sesi uji bakat yang berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 11 Julai 2025 ini menjadi platform mengetengahkan bakat inovasi tempatan.
Rancangan realiti seperti ini berpotensi mempercepat pertumbuhan ekonomi digital tempatan ke tahap yang lebih tinggi dengan merangsang penglibatan aktif rakyat dalam pembangunan teknologi dan penyelesaian kreatif.
Oleh Masrin Affirah