Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • UiTM Sarawak jadi urusetia Jom Masuk IPT
  • STAIL

UiTM Sarawak jadi urusetia Jom Masuk IPT

Utusan Sarawak 3 years ago
SERAH… Dr. Annuar Rapa’ee menyerahkan replika komputer riba kepada seorang pelajar sambil disaksikan Profesor Dato Dr Jamil Hamali pada Program Outreach BKPA Zon Sarawak semalam.

Kerjasama di antara UITM Cawangan Sarawak dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mampu diteruskan pada masa akan datang terutama dalam usaha meningkatkan jumlah pelajar di Sarawak melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, KPT melalui pihak Bahagian Kemasukan Pelajar (BKPA) IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi juga telah memilih UITM Cawangan Sarawak sebagai urusetia bagi penganjuran Jom Masuk IPT yang bakal berlangsung pada 19 hingga 20 Februari.

“Saya difahamkan penganjuran Program Outreach (Program Jangkauan) ini sebenarnya bertitik tolak daripada masalah yang dihadapi semasa tempoh pandemik yang lalu apabila pihak BKPA mendapati jumlah yang memohon melalui UPUonline menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya khususnya pelajar yang berada di luar bandar.

“Justeru, pihak BKPA merasakan perlu untuk menyantuni mereka yang berada di luar bandar ini supaya mereka mendapat bimbingan dan panduan tatacara memohon ke IPTA, Politeknik mahupun Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline,” katanya.

Text ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pendidikan I (Pendidikan dan Inovasi) Dr Annuar Rapa’ee pada Majlis Perasmian Program Outreach BKPA Zon Sarawak di Universiti Teknologi Mara cawangan Sarawak, semalam.

Roland Sagah berkata, semenjak kementerian itu ditubuhkan pada 2017 atau kira-kira 5 tahun lepas kerjaraan Sarawak telah memperuntukan sejumlah RM2.174 bilion untuk merencana pelbagai program yang berkaitan dengan Pendidikan.

Katanya, peruntukan yang tinggi ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menjadikan Pendidikan sebagai salah satu pelaburannya dalam modal insan.

“Walupun kita tahu pendidikan terletak di bawah kerajaan persekutuan seperti dari segi bajet dan dasar, namun kerajaan negeri tidak hanya berdiam diri atau menyerahkan tugas serta tanggungjawab menjaga hal ehwal Pendidikan ini kepada kerajaan persekutuan sahaja.

“Sebaliknya komited untuk meningkatkan pe,bangunan di Sarawak kerana kita tidak mahu pelajar kita terus ketinggalan.

Katanya lagi, beliau berharap pihak yang terlibat dengan program outreach ini terutama urusetia dan pempamer yang akan bergerak ke lokasi seperti Kapit, Mukah, Bintulu dan Marudi untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Bebola benih perkasa aktiviti penanaman semula pokok
Next: Tangu jadi sumber rezeki Amylia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.