Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
  • MAHKAMAH

Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik

Utusan Sarawak 23 hours ago
MAHKAMAH Majistret Kuching.

KUCHING: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang mengugut mencederakan rakan sekelas perempuannya pada Oktober tahun lepas diperintahkan Mahkamah Majistret di sini hari ini menjalani bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan turut mengarahkan tertuduh melapor diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching sekali setiap dua bulan, selain membenarkan jaminan tanpa deposit berjumlah RM500 bagi bon berkenaan dengan ibu bapa atau penjaga sebagai penjamin.

Remaja itu juga diperintah menghadiri bengkel interaktif anjuran pusat ditetapkan seperti yang  diperuntukkan di bawah Seksyen 93(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sepanjang tempoh dua tahun itu.

Terdahulu, pelajar itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, pada 21 Okt 2025 kira-kira 2.40 petang di sebuah sekolah di Padawan, tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa dengan niat menimbulkan ketakutan untuk menikam mangsa sebanyak 300 kali dan merogolnya. 

Ugutan tertuduh menyebabkan mangsa ketakutan, menangis dan mengalami trauma sehingga bimbang untuk hadir ke sekolah, dengan beberapa rakan sekelas menyaksikan kejadian itu. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas tidak lagi mampu menahan tingkah laku berlebihan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama
Next: Pemandu sebabkan kematian pelajar UniSZA direman empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.