Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ugut ibu: Lelaki dipenjara dua tahun di Daro
  • MAHKAMAH

Ugut ibu: Lelaki dipenjara dua tahun di Daro

Utusan Sarawak 7 hours ago
DIPENJARA… Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Litar Daro, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan ugutan jenayah dan khianat. Foto IPD Matu Daro

DARO: Lelaki tempatan berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Litar Daro, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan ugutan jenayah dan khianat.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

“Tertuduh kini menjalani hukuman di Penjara Sibu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebelum itu, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro kerana disyaki mengugut ibu kandungnya serta melakukan perbuatan khianat di Kampung Penuai, di sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Rahim berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semasa kejadian, suspek mengamuk serta mengugut untuk membunuh mangsa jika tidak diberikan wang, selain bertindak memecahkan dinding rumah yang didiami mangsa sekeluarga,” katanya.

Tambahnya, semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah dan narkotik.

Katanya, penahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: 15 telefon bimbit dianalisis dalam siasatan kes Zara Qairina
Next: Kes Muhyiddin: RM5 juta masuk akaun bersatu – Pegawai bank

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.