Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah teliti persiapan teks penggulungan bagi dua kementerian Persidangan DUN Sarawak  
  • TEMPATAN

Uggah teliti persiapan teks penggulungan bagi dua kementerian Persidangan DUN Sarawak  

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas hari ini meneliti persediaan akhir teks ucapan bagi sesi penggulungan bagi dua kementerian pada Persidangan DUN Sarawak di Petra Jaya. Foto: Pejabat Timbalan Premier

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini meneliti persediaan akhir teks ucapan bagi sesi penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu serta Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.

Beliau dijadualkan menggulung bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu pada sesi pagi esok, sebelum meneruskan penggulungan bagi Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

Menurut Uggah, persediaan rapi diperlukan bagi memastikan segala perincian kementerian disampaikan dengan tepat dan menyeluruh sepanjang sesi penggulungan.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menyokong kelancaran persidangan DUN yang berlangsung sejak 24 November lepas.

Uggah berkata, komitmen, disiplin dan kesungguhan pasukan bertugas menjadi faktor utama perjalanan sidang DUN dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Beliau turut menzahirkan terima kasih atas kerjasama erat, kesiapsiagaan serta pengorbanan masa petugas sepanjang tempoh mesyuarat yang masih berlangsung.

Katanya, dedikasi semua pihak turut memastikan aspek pentadbiran serta keperluan operasi harian di DUN berjalan teratur dan memenuhi keperluan persidangan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Andmesh kembali dengan konsert ‘Love Story’ Februari depan
Next: Sarawak CSO-SDG Alliance perkasa data dijana rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.