Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah sumbang 12 ekor lembu
  • TEMPATAN

Uggah sumbang 12 ekor lembu

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN… 12 ekor lembu bakal jadi daging korban di Kampung Spaoh yang telah disumbangkan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

SPAOH: Sebanyak 12 ekor lembu telah disumbangkan kepada umat Islam di Kampung Spaoh bagi meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban, Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini berkata sumbangan sebanyak 12 ekor lembu itu telah disumbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, dengan sumbangan lembu bagi tujuan melakukan ibadah korban oleh wakil rakyat itu membolehkan penduduk di Kampung Spaoh menjalankan ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

“Saya mewakili penduduk Kampung Spaoh, ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas kerana telah menyumbangkan sebanyak 12 ekor lembu kepada masyarakat Islam di Spaoh.

“Dengan sumbangan itu, dapatlah kami dan penduduk-penduduk di sini menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya. Ia membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Abang Suhordie berkata pelaksanaan ibadah penyembelihan lembu korban berkenaan dilaksanakan pada hari ini (selepas solat sunat Aidiladha) iaitu melibatkan 10 buah blok (surau).

“Pengagihan semua daging lembu itu nanti akan mengikut jumlah ketua isi rumah (KIR), dan pelaksanaan ibadah korban itu akan dilakukan secara gotong-royong.

“Saya berharap setiap penganjur yang akan melakukan aktiviti penyembelihan dalam ibadah korban ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Abang Suhordie berkata pematuhan SOP hendaklah berdasarkan kepada garis panduan yang telah dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MAIS) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada masa kini.

“Kita mengharapkan semua pihak atau penganjur ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, demi untuk kebaikan bersama,” katanya.

Justeru Abang Suhordie berharap agar kesemua penduduk muslim dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang disumbangkan oleh wakil rakyat itu yang bakal diagihkan kepada penduduk nanti.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Masyarakat perlu patuh SOP
Next: Umpan ayam mengena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.