Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah sorot jasa Abang Johari sempena pelancaran biografi politik premier pertama Sarawak
  • TEMPATAN

Uggah sorot jasa Abang Johari sempena pelancaran biografi politik premier pertama Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada majlis pelancaran buku biografi politik ‘Abang Johari Sarawak’s First Premier: A Political Biography’ Foto Pejabat Timbalan Premier

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi atas kesudian mereka berangkat memeriahkan majlis pelancaran buku biografi politik ‘Abang Johari, Premier Pertama Sarawak: Biografi Politik.’

​Uggah menyifatkan kehadiran Tun dan Toh Puan sebagai lambang kasih sayang serta pemersatu rakyat berbilang kaum di negeri ini.

​Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut, Uggah yang juga Pengerusi Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) berkata Tun dan Toh Puan sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap semua rakyat Sarawak, termasuk dengan turun melawat rumah panjang, menghormati adat, serta menyemai keharmonian merentas komuniti.

​Beliau turut merakamkan tahniah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas penganugerahan ‘Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star’ oleh Maharaja Jepun, Emperor Naruhito, baru-baru ini.

YAYASAN Kebudayaan Dayak (DCF) melancarkan biografi rasmi mengenai legasi politik Premier pertama Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier

Menurutnya, anugerah itu mencerminkan kepimpinan Sarawak dalam bidang hidrogen hijau, tenaga boleh baharu dan pembangunan ekonomi mampan.

​Mengenai penerbitan buku biografi tersebut, Uggah berkata DCF menugaskan penerbitan ini kerana perjalanan kepimpinan Abang Johari “dalam banyak hal” menggambarkan transformasi moden Sarawak. 

Selain itu, penerbitan ini juga menjadi tanda penghargaan komuniti Dayak terhadap dukungan serta komitmen berterusan Premier kepada rakyat.

​Uggah berkongsi bahawa sejak pertama kali mengenali Abang Johari pada 1978 melalui parti, beliau menganggap Premier sebagai mentor. 

BUKU ‘Abang Johari Sarawak’s First Premier: A Political Biography’.

Sejak 2017, beliau berpeluang berkhidmat dalam Kabinet di bawah kepimpinan beliau yang telah menyaksikan Sarawak merangka hala tuju ekonomi baharu. Ini termasuk penubuhan Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak, pendigitalan, serta kemajuan besar dalam tenaga hijau.

​Menurut Uggah, Sarawak kini diiktiraf sebagai wilayah berpendapatan tinggi dan ‘Bateri ASEAN’, selain mengekalkan pendekatan inklusif agar tiada komuniti dan wilayah tercicir. 

Beliau menambah, keyakinan bahawa Sarawak ialah sebuah wilayah “pada hakikatnya” turut mendorong langkah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, menjadikan Abang Johari sebagai Premier pertama Sarawak.

​​Mengenai penulis, Uggah berkata biografi itu dihasilkan oleh Profesor Michael Leigh yang memulakan penyelidikan di Sarawak pada Disember 1962. 

Bagaimanapun, DCF menegaskan analisis politik dan pandangan dalam buku berkenaan adalah tafsiran penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian Yayasan.

​Uggah menambah buku itu wajar dinilai secara terbuka dan dibiarkan “berbicara untuk dirinya sendiri”, sambil DCF menzahirkan ikrar meneruskan sokongan kepada kepimpinan Premier.

​Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, serta Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Sulaman keringkam terus dipertahan, proses halus ambil masa sehingga sebulan
Next: Festival Monodrama Borneo tonjol kekuatan lakonan solo, sasar jadi acara bertaraf antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.