Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah serikan program santai PPWE Bukit Saban di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Uggah serikan program santai PPWE Bukit Saban di Kuching

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir menyerikan program santai anjuran PPWE Bukit Saban di Kuching, hari ini. Foto: DUN Bukit Saban

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir menyerikan program santai anjuran Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Bukit Saban yang berlangsung di Kuching, hari ini.

Kehadiran beliau sekali gus memberi sokongan moral kepada warga emas yang menjadi peserta program tersebut.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut ditemani isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang, dalam usaha menunjukkan penghargaan dan keprihatinan terhadap kesejahteraan golongan emas khususnya dari kawasan diwakilinya.

Program berkenaan menghimpunkan seramai 40 warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban yang kini menetap di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Ia bertujuan mengukuhkan silaturahim selain memberi pendedahan mengenai kemudahan serta perkhidmatan digital yang kian relevan dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian utama ialah permainan dalaman bagi menceriakan peserta, selain sesi permohonan Kad Kenyalang Gold (KGC) yang memberi manfaat kepada golongan warga emas.

Taklimat penukaran lokaliti daerah mengundi juga turut diadakan bagi memudahkan urusan pilihan raya pada masa akan datang.

Di samping itu, peserta turut diberi bimbingan cara mengimbas kod QR dan panduan penggunaan aplikasi digital seperti Grab dan Sarawak Pay (SPay).

Inisiatif ini dilihat selari dengan agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat, termasuk warga emas.

Program santai ini turut dihadiri isteri kepada Ahli Parlimen Betong Datin Lucy Mary Johnson, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong, serta Penghulu Legam Unggot yang hadir memberi sokongan kepada penganjuran berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Shanelle Ellyssa Justine dinobatkan Miss Tourism Benak 2025
Next: JCIM SDA 2025 raikan inovasi pembangunan lestari di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.