Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah santuni komuniti Cina sempena Tahun Baharu Cina di Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

Uggah santuni komuniti Cina sempena Tahun Baharu Cina di Spaoh

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina di Spaoh hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier 1

SPAOH: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di Spaoh hari ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turun padang menyantuni komuniti Cina di kawasan itu.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang, meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Menurut Uggah, sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina bukan sekadar acara kebudayaan, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan serta semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan setiap kaum dan agama diraikan secara inklusif, selaras dengan prinsip perpaduan yang menjadi teras kestabilan negeri ini,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai.

Dalam kunjungan tersebut, beliau dan rombongan turut menyampaikan ucapan perayaan, selain bertanya khabar mengenai perkembangan semasa komuniti setempat termasuk aspek ekonomi dan kebajikan.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian terhadap keperluan rakyat di luar bandar agar pembangunan dapat dinikmati secara seimbang tanpa mengira latar belakang kaum.

Kehadiran pemimpin tertinggi negeri itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memupuk keharmonian serta memperkukuh hubungan antara kaum, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina di Spaoh tahun ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tradisi bubur lambuk Kampung Tengah Simanggang terus subur menjelang Ramadan
Next: Denickles Lesen belum ditemui, Operasi SAR disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.