Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah mahu generasi muda terus martabatkan, pelihara warisan budaya Iban
  • TEMPATAN

Uggah mahu generasi muda terus martabatkan, pelihara warisan budaya Iban

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengadakan kunjungan Gawai Dayak ke lima rumah panjang di sekitar Debak, semalam. Foto: ADUN Bukit Saban

DEBAK: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap generasi muda terus memelihara serta mengangkat warisan budaya masyarakat Iban yang menjadi identiti dan kebanggaan komuniti berkenaan agar tidak luput ditelan arus pemodenan.

Beliau berkata, warisan budaya seperti adat resam, bahasa dan kesenian tradisional perlu terus dipertahankan kerana ia merupakan lambang jati diri masyarakat Iban yang diwarisi sejak turun-temurun.

Menurutnya, golongan belia memainkan peranan penting dalam memastikan budaya tersebut terus hidup dan relevan dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Uggah turut memuji golongan belia di Bukit Saban yang masih aktif mengamalkan kesenian tradisional seperti tarian Ngajat walaupun berdepan perkembangan teknologi dan perubahan gaya hidup moden.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh generasi muda ini amat membanggakan kerana mereka bukan sahaja mengekalkan warisan nenek moyang, malah membantu memperkenalkannya kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan Gawai Dayak di lima rumah panjang di sekitar Debak semalam.

MERIAH… Datuk Amar Douglas Uggah bersama dengan penduduk di salah sebuah rumah panjang yang dikunjungi beliau semasa Gawai Dayak di kawasan Debak, semalam. Foto: ADUN Bukit Saban

Kunjungan tersebut melibatkan Rumah Panjang Bangkit Rembai Baru, Rumah Panjang Suri Tengah, Rumah Panjang Menyalin Baru, Rumah Panjang Babu Kerangan dan Rumah Panjang Inar.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menegaskan bahawa pembangunan sosioekonomi rakyat akan terus diberi perhatian menerusi pelbagai inisiatif dalam sektor pertanian dan penternakan yang berpotensi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Beliau juga menggalakkan masyarakat di Betong agar memanfaatkan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan selain terus menyokong agenda pembangunan yang sedang dilaksanakan.

Pada masa sama, beliau menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu bagi memastikan kebajikan rakyat serta pembangunan di kawasan Bukit Saban terus diperkasakan.

Sebagai tanda sokongan kepada komuniti yang dikunjungi, Uggah mengumumkan pelbagai peruntukan termasuk RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setiap rumah panjang serta RM5,000 kepada Biro Wanita di setiap lokasi.

Terdahulu, beliau bersama isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang serta beberapa pemimpin masyarakat turut menyempurnakan upacara Ngiling Bidai di Rumah Panjang Babu Kerangan sebagai simbol penutupan sambutan Gawai Dayak di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak seru orang ramai jaga kebersihan Jambatan Batang Lupar 1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.