Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah lawat PPV Awam Miri
  • TEMPATAN

Uggah lawat PPV Awam Miri

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di Dewan Curtin University Miri di Miri, semalam. Turut kelihatan, Dato Sri Lee Kim Shin.

MIRI: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah membuat satu lawatan rasmi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di Dewan Curtin University Miri semalam.

Menteri Pengangkutan Sarawak selaku Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Dato Sri Lee Kim Shin berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, JPBB Miri berterima kasih Datuk Amar Douglas Uggah yang turut serta menghadiri Taklimat Program Pemberian Vaksin (Remaja), Dos Penggalak dan Cansino Bahagian Miri oleh Dr. Noor Izni Mohamed Shapie, Ketua Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

“Setakat 17 Oktober lalu, seramai 34,491 (84.12 peratus) golongan remaja yang berumur antara 12 tahun ke 17 tahun telah menerima dos pertama dan 21,910 (53.44 peratus) dos kedua.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) remaja bagi umur 16 dan 17 tahun telah dijalankan pada 10 hingga 12 September lalu bagi dos pertama dan 19 hingga 20 September lalu bagi dos Kedua.

“Sementara itu, PICK remaja berumur 12 hingga 15 tahun bermula pada 25 hingga 29 September lalu (dos pertama) dan 16 hingg 20 Oktober (dos kedua),” jelasnya.

Tambahnya, pemberian dos tambahan dan dos penggalak telah bermula pada 13 Oktober lalu dengan petugas barisan hadapan (Perubatan) dan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas telah menerima dua dos vaksin Pfizer untuk enam bulan ke atas akan diutamakan.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. P. Raviwharmman A/L Packierisamy serta jabatan dan agensi di bawah JPBB Miri.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: CARI PENYELESAIAN TERBAIK
Next: Pendidikan kesihatan terus dipertingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.