Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah lawat Pasar Stutong
  • TEMPATAN

Uggah lawat Pasar Stutong

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Datuk Amar Douglas Uggah semasa melawat ke Pasar Komuniti Stutong dan Pasar Kota Sentosa di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Tindakan orang awam yang komited dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengekang penularan covid-19 mendapat pujian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berpuas hati dengan pematuhan orang ramai terhadap penggunaan SOP dalam aktiviti harian mereka.

Beliau berkata, tindakan positif itu jelas menunjukkan kesedaran orang ramai untuk memberi kerjasama dalam memerangi pandemik Covid-19 itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut mengesa pasar dan pusat membeli-belah yang lain mengambil langkah yang sama.

Sementara itu, Datuk Amar turut memuji pihak berkuasa tempatan untuk memastikan orang ramai terus mematuhi SOP.

“Saya juga berharap pihak penguatkuasa itu menggunakan pendekatan yang baik untuk menegur dan mengingatkan orang ramai betapa pentingnya pematuhan SOP,” katanya semasa lawatan ke Pasar Komuniti Stutong dan Pasar Kota Sentosa di Kuching pada baru-baru ini.

Turut hadir dalam lawatan ke Pasar Komuniti Stutong, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Sing.

Oleh AMINAH WASLI

Continue Reading

Previous: Program Homehelp pupuk semangat sukarelawan
Next: PPM rampas rokok seludup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.