Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah ketuai kunjungan hormat jemput Premier hadiri sambutan Gawai Dayak 2026
  • TEMPATAN

Uggah ketuai kunjungan hormat jemput Premier hadiri sambutan Gawai Dayak 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengetuai rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengetuai rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi.

​Kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak bagi menghadiri dua acara utama sempena Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026.

​Dua acara besar yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Jun ini ialah Perarakan Niti Daun 2026 serta Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026.

​Dalam pertemuan tersebut, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan turut memberi taklimat mengenai perkembangan terkini persiapan acara yang bertemakan ‘Segulai Sejalai’.

​Program tahun ini bakal mengetengahkan keunikan warisan budaya, adat resam serta identiti masyarakat Dayak di Sarawak bagi tontonan umum.

​Menurut Uggah, sambutan peringkat negeri ini kekal menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta mempromosikan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan unik bumi Sarawak.

​Beliau menjelaskan bahawa tema ‘Segulai Sejalai’ sangat bertepatan kerana mencerminkan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum yang telah lama terjalin.

​Tambahnya lagi, sambutan ini memberi ruang terbaik untuk memelihara dan memperkenalkan warisan tradisi masyarakat Dayak kepada generasi muda akan datang.

​Mengenai pengisian program, Perarakan Niti Daun pada 20 Jun ini dijangka meriah dengan himpunan kontinjen dari seluruh Sarawak serta beberapa penyertaan khas.

​Manakala acara kemuncak pada 21 Jun pula akan menyaksikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan kehadiran para pemimpin dan wakil masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 8 dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengebom B-52 di California
Next: Wilfred Yap gesa GPS kekal konsisten dan bersatu menjelang PRN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.