Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah hadiri sesi libat urus bersama pesawah dan petani di Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

Uggah hadiri sesi libat urus bersama pesawah dan petani di Spaoh

Utusan Sarawak 4 days ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri sesi libat urus bersama pemilik tanah, pesawah dan petani di Skim Kawalan Saliran Tanjung Sebekut, Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh, semalam. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

SPAOH: Satu sesi libat urus bersama pemilik tanah, pesawah dan petani di Skim Kawalan Saliran Tanjung Sebekut, Spaoh telah berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh, dekat sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara terus daripada para peserta berkaitan isu, cabaran dan potensi pembangunan sektor pertanian di kawasan berkenaan.

Pelbagai agensi kerajaan turut serta memberikan taklimat, termasuk Pegawai Pertanian dari Bahagian Padi dan Bijian, Jurutera Seksyen Pembangunan Padi dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, serta Pengurus Green World Genetics. Melalui sesi ini, peserta diberi penerangan berhubung perancangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan hasil tanaman padi serta memperkukuh sistem kawalan saliran di kawasan Tanjung Sebekut.

Selain itu, satu sesi dialog turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta menyuarakan pandangan dan cadangan bagi menambah baik pelaksanaan program pertanian sedia ada.

Sebagai nilai tambah, turut diadakan mini pameran tanaman seperti padi dan jagung yang memberi peluang kepada peserta untuk memahami potensi tanaman alternatif dalam menjana pendapatan tambahan.

Uggah dalam ucapannya menegaskan pentingnya kerjasama antara kerajaan, agensi pelaksana dan golongan pesawah bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan pertanian dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau turut berharap agar hasil daripada sesi libat urus ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata yang membawa manfaat kepada semua pihak, khususnya komuniti petani di kawasan Spaoh dan sekitarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Karnival Pertandingan Maulidur Rasul meriah di Masjid Al Muhtadin Saratok
Next: SMK Simanggang dan SJK Chung Hua dinobat Johan Pertandingan Trafik Sarawak peringkat Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.